Kelayakan Piala Asia: Malaysia seri 1-1 dengan Hong Kong

Astro Awani
September 5, 2017 15:36 MYT
Pemain Malaysia Shahrom Kalam (kiri) mengekang kemaraan penyerang Hong Kong Alexander Oluwatayo pada kelayakan Piala Asia 2019 malam ini. - Foto Bernama
Malaysia seri 1-1 dengan Hong Kong pada perlawanan Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Krubong malam ini.
Keputusan ini menyukarkan Malaysia yang bakal berdepan Korea Utara di perlawanan terakhir pusingan kelayakan ini.
Hong Kong mendahului pada minit ke 53 hasil jaringan Leonardo Sandro sebelum Malaysia mengikat kedudukan 3 minit kemudian melalui jaringan Syazwan Zainon.
Malang buat skuad negara bila dua pemain, Adil Zafwan dan Rizal Ghazali dikenakan kad merah di minit-minit akhir perlawanan dan menyebabkan kedua-duanya tidak dapat beraksi menentang Korea Utara nanti.
Malaysia diundi dalam kumpulan B bersama-sama Lubnan, Korea Utara dan Hong Kong.
Pada perlawanan berikutnya skuad Harimau Malaya dijadual menentang Korea Utara di Stadium Kim II Sung, Pyongyang pada 5 Okt.
#Hong Kong #kelayakan piala Asia #Korea Utara #Malaysia