Kelayakan Piala Asia: Aksi Malaysia-Korea Utara ditunda lagi

Astro Arena
September 28, 2017 17:41 MYT
Perlawanan di antara kedua-dua pasukan sudah ditunda tiga kali, dengan jadual asalnya pada 10 Mac dipinda kepada 8 Jun, sebelum ditukar buat kali kedua kepada 5 Oktober. - Gambar fail
Perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 di antara Malaysia dan Korea Utara di Pyongyang pada 5 Oktober ini nampaknya bakal ditangguhkan sekali lagi selepas Kementerian Luar Negeri mengeluarkan arahan sekatan perjalanan ke negara itu berkuat kuasa serta-merta.
Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata, rakyat Malaysia dikenakan larangan sekatan perjalanan ke Korea Utara sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.
Keputusan itu diambil selepas melihat kepada ketegangan yang makin memuncak susulan beberapa siri ujian peluru berpandu oleh Korea Utara.
Sekatan perjalanan itu akan dikaji semula sebaik situasi di semenanjung Korea kembali normal.
"Rancangan kami adalah untuk dua perlawanan. Kini situasi adalah fokus hanya untuk satu perlawanan. Saya perlu pragmatik, kalau perlu menentang Korea Utara di Hong Kong. Kami harus bersedia.
"Kini, hanya fokus satu perlawanan menentang Hong Kong, tiada masalah," kata jurulatih pasukan kebangsaan, Nelo Vingada.
Perlawanan di antara kedua-dua pasukan sudah ditunda tiga kali, dengan jadual asalnya pada 10 Mac dipinda kepada 8 Jun, sebelum ditukar buat kali kedua kepada 5 Oktober.
#afc #bola sepak #Kementerian Luar #Korea Utara #Malaysia #Piala Asia #rakyat Malaysia #Wisma Putra
;