Kelayakan Olimpik: Brazil kandas, tidak layak ke Paris 2024
Astro Arena
Februari 12, 2024 12:18 MYT
Februari 12, 2024 12:18 MYT
JUARA bertahan Brazil gagal melayakkan diri ke kejohanan bola sepak Olimpik lelaki selepas tewas 1-0 kepada Argentina sekali gus meletakkan pesaing tradisi mereka ke Paris 2024.
Ia adalah kali pertama sejak 2004 bahawa Brazil -- yang menyasarkan emas ketiga berturut-turut -- tidak akan tampil bagi edisi kali ini.
Luciano Gondou muncul wira buat skuad kelahiran Lionel Messi itu pada minit minit ke-77 untuk skuad Argentina Bawah 23 tahun pada kejohanan kelayakan yang berlangsung di Amerika Selatan untuk layak ke Sukan Olimpik dalam musim panas ini di Perancis.
Brazil telah memenangi pingat bola sepak lelaki bagi empat edisi Sukan Olimpik yang lalu.
Argentina, yang memenangi emas pada 2004 dan 2008, menamatkan saingan kelayakan terakhir dengan lima mata.
Mereka berada satu mata di hadapan Paraguay, yang akan menentang Venezuela pada hari Ahad dalam perlawanan yang akan menentukan tempat kelayakan yang lain.
Brazil menamatkan perlawanan kelayakan dengan tiga mata.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro