Kelayakan Euro 2024: Hatrik Lukaku kecewakan Sweden di Stockholm

Astro Arena
Mac 25, 2023 08:15 MYT
Aksi Romelu Lukaku (kanan) meraikan kejayaan menjaringkan gol pertama pasukannya bersama Yannick Carrasco ketika perlawanan kelayakan Euro 2024 kumpulan F antara Sweden dan Belgium di Friends Arena, Solna, Sweden, 24 Mac 2023. REUTERS
ROMELU Lukaku meledak hatrik ketika Belgium membuka era baru di bawah kepimpinan Domenico Tedesco dengan kemenangan 3-0 ke atas Sweden dalam aksi kelayakan Euro 2024 awal pagi tadi.
The Red Devils menggantikan Roberto Martinez dengan Tedesco susulan tersingkir di peringkat kumpulan Piala Dunia, sementara sebilangan besar bintang utama pasukan telah mengambil keputusan untuk bersara di pentas antarabangsa.
Pimpinan Tedesco bermula dengan penuh bergaya di Friends Arena, Stockholm, di mana tandukan serta jaringan jarak dekat Lukaku membenarkan pelawat mengawal rapi separuh masa pertama.
Sweden membawa masuk penyerang berusia 41 tahun, Zlatan Ibrahimovic, namun Lukaku melengkapkan hatrik pada minit ke-82 bagi memastikan kemenangan selesa.

Great way to start our road to Germany. #SWEBEL #WirSchaffenDas pic.twitter.com/AWsJ2iHumX

— Belgian Red Devils (@BelRedDevils) March 24, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Euro 2024 #Belgium #Sweden #Romelu Lukaku
;