Kelayakan Euro 2024: Gol Kyle Walker selamatkan maruah England ikat Ukraine

Astro Arena
September 10, 2023 03:00 MYT
Pemain England Kyle Walker (tengah) meraikan bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol pertamanya dalam perlawanan Kumpulan C kelayakan Euro 2024 menentang Ukraine di Wroclaw, Poland. - Foto AP
UKRAINE 1 ENGLAND 1
England ditampar realiti sukar menjelang Euro 2024 tahun depan apabila terpaksa bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mengikat Ukraine 1-1 dalam aksi kelayakan di Poland awal pagi tadi.
Selepas membuka kempen dengan empat kemenangan daripada empat perlawanan Kumpulan C, pasukan naib juara edisi 2020 itu kelihatan menjadi skuad pilihan untuk layak ke kejohanan utama di Jerman musim panas depan.
Pasukan bimbingan Gareth Southgate itu memenangi 21 daripada 22 perlawanan kelayakan Euro terakhir tetapi perlu berpuas hati sekadar mengutip satu mata dalam pertemuan kali ini.
Kyle Walker muncul penyelamat maruah England apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-41, sekali gus memadamkan jaringan pembukaan Oleksandr Zinchenko pada minit ke-26. - Stadium Astro
#Euro 2024 #Kumpulan C #England #Ukraine #Kyle Walker