Kelantan lwn. Angkatan Tentera Malaysia 5 Januari ini
Astro Awani
Januari 1, 2013 10:31 MYT
Januari 1, 2013 10:31 MYT
Menjelang perlawanan Piala Sumbangsih di antara Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 5 Januari ini.
Jawatankuasa pertandingan tempatan, JKPTFAM telah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi sepak mula perlawanan tersebut.
Menurut pengerusi JKPTFAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, pihaknya menggunakan pendekatan yang seperti tahun sebelumnya.
Tegas Hamidin beliau menjangkakan antara 30 ke 40 ribu penonton akan menyaksikan perlawanan tersebut.
Perlawanan pada Sabtu itu akan diadakan di Stadium Shah Alam bermula jam 8.45 malam.
Peminat boleh mula mendapatkan tiket yang berharga RM20 mulai 4 Januari sehingga hari perlawanan di Stadium Shah Alam.
Pertembungan kedua-dua pasukan ini bakal mengulangi perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 yang dimenangi Kelantan.