Kelantan layak ke suku akhir Piala FA
Astro Awani
Mac 25, 2013 07:28 MYT
Mac 25, 2013 07:28 MYT
Aksi tunggal di Stadium Sultan Muhammad ke-14 Kota Bharu semalam menyaksikan pasukan tuan rumah Kelantan berjaya mengatasi PKNS Selangor dengan kemenangan 4-2, ia sekaligus melayakan pasukan itu ke peringkat suku akhir Piala FA.
Beraksi semula selepas perlawanan 26 Februari lalu ditunda akibat hujan lebat, Kelantan menerima sokongan lebih 20 ribu penyokong.
Jelas, kehadiran pemain kebangsaan Badhri Radzi, Shaakir Shaari dan Khairul Fahmi Che Mat menyuntik semangat The Red Warriors.
Tiga gol kurang daripada 25 minit terhasil bermula dengan jaringan Faiz Subri seawal minit ke-4.
Kemudian disusuli gol Badhri atau Piya tiga minit kemudian, sebelum Obinna Nwaneri melebarkan kelebihan, pada minit ke-22.
PKNS bagaimanapun tidak berputus asa bangkit merapatkan jurang pada minit ke-25 hasil jaringan Nizad Ayub.
Minit ke-31, Kelantan kembali menjarakkan kedudukan melalui gol sendiri Helmi Remeli.
Babak kedua, PKNS kembali bangkit dan akhirnya berjaya memperolehi gol kedua, pada minit ke-51.
Namun, kedudukan 4-2 kekal memihak kelantan berakhir sepenuh masa sekaligus menempah slot lapan pasukan terakhir.