Kelantan Darul Naim hilang khidmat tonggak utama Palestin

Astro Arena
Januari 15, 2025 12:33 MYT
Laman rasmi Al-Ahli Benghazi mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sudah menandatangani Oday selain mengesahkan kehadirannya selaku pemain terbaru mereka. - Stadium Astro
PEMAIN import Kelantan Darul Naim (KDN), Oday Kharoub, sah meninggalkan pasukan itu selepas kelab dari Libya, Al-Ahly Benghazi, secara rasminya mengumumkan kehadiran tonggak tersebut, sekali gus menjawab spekulasi kepada khabar angin perpindahannya sebelum ini.
7 Januari lalu, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, memuat naik berita mengenai pemain itu yang sedang melakukan perbincangan kontrak bersama KDN.

Oday Kharoub sah tinggalkan KDN dan sertai kelab Libya Al-Ahly. https://t.co/eQIZgz8DZm

— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) January 15, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Semalam, laman rasmi Al-Ahli Benghazi mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sudah menandatangani tonggak utama Palestin selain mengesahkan kehadirannya selaku pemain terbaru mereka.
“Dari ibu kota umat Islam yang berjuang demi hak sejarahnya, ke bandar Al-Ahly, bandar yang kukuh dan pejuang.”
Sementara itu, status Washington Brandao dan Michal Jerabek masih belum diketahui sama ada masih bersama kelab Liga Super Malaysia itu ataupun tidak. -- Stadium Astro
#Pemain import Kelantan #tonggak utama Palestin #Oday Kharoub #Liga Super
;