Kelantan berjaya tundukkan ATM 2-0

Astro Awani
April 13, 2014 15:44 MYT
Kelantan memulakan pusingan kedua Liga Super Malaysia dengan langkah kanan apabila menundukan ATM 2-0 di Stadium Selayang sekaligus memberi tekanan kepada ATM yang terus menghuni kelompok zon bawahan liga.
Dominasi Kelantan pada 90 minit perlawanan ternyata memberi tekanan kepada ATM untuk bersaing dengan pasukan Pantai Timur itu yang memiliki peluang yang cukup banyak untuk menjaringkan gol.
Mohammad Shawky, Badri Radzi, Wan Zaharul Nizam dan Francis Forkey Doe antara pemain Kelantan yang memiliki peluang terbaik untuk menjadi penjaring gol.
Pada minit ke 22, gol daripada Marlon Alex James telah dibatalkan oleh pengadil perlawanan Suhaizi Shukri apabila mendapati penyerang ATM itu berada dalam keadaan offside.
Situasi itu jelas menggangu tumpuan ATM, dan kesempatan itu digunakan oleh Kelantan untuk menjaringkan gol melalui kaptennya Badri Radzi pada minit ke 44 hasil hantaran Wan Zaharul Nizam Zakaria.
ATM yang cuba mengimbagi permainan di babak ke-2 gagal melakukannya apabila pelawat lebih mengasak gawang tuan rumah.
Penyerang Kelantan, Francis Forkey Doe menambah duka ATM apabila hantaran Badri Radzi disudahkan dengan sempurna untuk gol ke-2 kelantan pada minit ke 84.
#ATM #Kelantan #Liga Super Malaysia
;