Kelantan benam Ayeyawady United, dahului kedudukan

Bernama
Mac 13, 2013 14:21 MYT
Juara bertahan Liga Super Kelantan mengalahkan Ayeyawady United FC dari Myanmar 3-1 pada perlawanan kedua Kumpulan G pada Kejohanan Piala AFC 2013 di Youth Training Centre, Yangon, Myanmar, malam ini.
Kelantan membuka kempen Kumpulan G pada 6 Mac lepas dengan keputusan seri 1-1 dengan wakil Maldives, Maziah Sports & Recreation Club.
#Ayeyawaddy United FC #Kelantan #Myanmar #piala afc