Kelab terkemuka sertai Liga Super Eropah

Astro Awani
April 18, 2021 07:29 MYT
Sebanyak 12 kelab bola sepak terkemuka Eropah bersetuju cadangan tubuh Liga Super Eropah bagi menyaingi Liga Juara-Juara Eropah (UEFA). Foto menunjukkan Stadium San Mames, Sepanyol antara venue perlawanan UEFA Euro Cup 2020. -Reuters
SEBANYAK 12 kelab bola sepak terkemuka Eropah bersetuju dengan cadangan menubuhkan Liga Super Eropah.
Liga berkenaan akan menyaingi Liga Juara-Juara Eropah (UEFA).
Setakat ini enam kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) disahkan terlibat iaitu Manchester United, Manchester City, Liverpool, Arsenal, Chelsea dan Tottenham Hotspur.
Sementara kelab lain ialah Real Madrid, Barcelona, Atletico Madrid, Juventus, AC Milan dan Inter Milan.
Cadangan menubuhkan Liga Super Eropah itu bagaimanapun setakat ini tidak melibatkan kelab dari Jerman atau Perancis.
Satu pengumuman penting berkenaan saingan liga ini dijadual dibuat 9.30 Ahad waktu tempatan.
#Manchester United #EPL #bola sepak #Liga Perdana Inggeris #Manchester City #Liverpool #Chelsea #barcelona #Real Madrid #Arsenal #Jerman #Liga Super Eropah #Liga Juara-Juara Eropah
;