Kelab tercorot bangkit ikat Manchester United

Sinar Harian
Februari 9, 2022 10:46 MYT
Pemain Manchester United Jadon Sancho (kanan) berebut bola dengan pemain lawan James Tarkowski ketika perlawanan EPL antara Burnley dan Manchester United di Turf Moor, Burnley, England, 8 Feb 2022. (Foto AP)
MANCHESTER United terkeluar daripada kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas diikat 1-1 kelab tercorot, Burnley dalam aksi liga di Turf Moor.
The Red Devils yang bermula baik sejak awal perlawanan terlebih dulu mendahului menerusi jaringan Paul Pogba, minit ke-18, gol liga pertamanya musim ini sejak pertengahan Oktober lalu.
Skuad kendalian Ralf Rangnick mempunyai peluang melebarkan jaringan selepas itu, namun kecemerlangan penjaga gol Burnley, Nick Pope menafikan deretan percubaan pelawat.
The Clarets kemudiannya berjaya menyamakan kedudukan menerusi Jay Rodriguez pada minit ke-47, dua minit sebaik separuh masa kedua.
Keputusan itu menyaksikan Manchester United jatuh ke kedudukan kelima dengan 39 mata selepas mengharungi 23 perlawanan, satu di belakang West Ham United di tempat keempat.
KEPUTUSAN
Burnley 1-1 Manchester United
Pogba 18'
Rodriguez 47'
West Ham 1-0 Watford
Bowen 68'
Newcastle United 3-1 Everton
Lascelles (GS) 36'
Holgate (GS) 37'
Fraser 56'
Trippier 80'
Artikel asal di Sinar Harian
#Manchester United #Liga Perdana Inggeris #EPL #Burnley
;