Kelab gergasi Chelsea tumbang

Astro Awani
Disember 17, 2012 15:58 MYT
Pada perlawanan akhir, bola sepak Piala Dunia Kelab FIFA menyaksikan wakil Brazil, Corinthians muncul juara dunia buat kali kedua menewaskan Chelsea.
Pada babak pertama perlawanan , Corianthians dilihat lebih banyak memberi tekanan kepada barisan pertahanan Chelsea bagi memburu jaringan awal.
Namun benteng Chelsea yang diterajui David Luiz kekal ampuh menahan asakan lawan yang menyerang berkali-kali.
Melihat tekanan yang dihadapi pemain di padang, pengendali Chelsea Rafa Benitez menurunkan barisan terkuat menentang Corinthians bagi memastikan kejuaraan milik mereka.
Pasukan penyerang Chelsea diketuai Fernando Torees juga dilihat sukar untuk melepasi barisan pertahanan lawan yang mantap.
Masuk babak kedua Corinthians meneruskan ancaman ke benteng pertahanan Chelsea.
Akhirnya pada minit ke-69 Paolo Guerrero berjaya meraih jaringan tunggal perlawanan sekaligus merancakkan perlawanan Chelsea berikutan kesuntukan masa.
Kedudukan satu kosong terus kekal sehingga wisel penamat.
#Chelsea tewas #Corianthians #Fernando Torees #FIFA #Piala Dunia #Rafa Benitez
;