Kelab bolasepak sensasi JDT juara Liga Super 2014
Astro Awani
Jun 25, 2014 23:12 MYT
Jun 25, 2014 23:12 MYT
Kelab bolasepak sensasi Johor Darul Takzim (JDT) muncul sebagai juara Liga Super 2014 apabila berjaya menewaskan pasukan Sarawak dengan gol 1-0 di Stadium Negeri di Kuching, Sarawak malam tadi.
Pasukan JDT berjaya mengatasi pasukan Selangor dengan kelebihan dua mata.
Sementara itu, pasukan Selangor hanya seri 2-2 sewaktu menentang PKNS FC di Stadium Shah Alam.