Kekacakan Olivier Giroud pukau penyokong bola sepak
Umaira Uyop
Jun 20, 2014 07:49 MYT
Jun 20, 2014 07:49 MYT
Perlawanan Perancis - Switzerland awal pagi tadi bukan saja menarik kerana cara golnya diraikan.
Kekacakan pemain Perancis... Olivier Giroud turut menjadi sebutan penonton bola sepak... terutama wanita.
Malah gaya rambutnya turut menjadi sebutan peminat selain ada yang mengaku menonton Piala Dunia semata-mata kerana Giroud.
Meskipun Karim Benzema meraih gelaran 'Man of the Match' kali ini, Giroud mencuri perhatian dengan muat naik gambar-gambar kacaknya di laman Twitter.
Malah ada yang membandingkannya dengan David Beckham.
Dilahirkan pada 30 september 1986, Giroud memiliki ketinggian 192 sentimeter.
Jejaka berbangsa Perancis ini menyertai kelab Arsenal di Liga Perdana Inggeris pada Jun 2012.
Bertindak sebagai penyerang, dia dikenali kerana ketinggian dan ketangkasan bermain.
Laman Twitter rasmi Giroud mengumpul lebih 770 ribu pengikut.
Mungkin sudah tiba giliran buat Beckham untuk menyerahkan gelaran pemain bola sepak paling kacak kepada 'raja' yang baru, Olivier Giroud.