Kejutan Terbuka Perancis, Muguruza kejutkan Serena untuk muncul juara

AFP
Jun 4, 2016 23:57 MYT
Muguruza adalah wanita Sepanyol pertama yang memenangi kejohanan Grand Slam selepas Arantxa Sanchez-Vicario pada 1998. - Foto AP/Christophe Ena
Pemain Sepanyol Garbine Muguruza membuat kejutan apabila berjaya menggondol kejuaraan Grand Slam pertamanya apabila muncul juara Terbuka Perancis menewaskan Serena Williams di perlawanan akhir.
Berusia 22 tahun, Muguruza yang 12 tahun lebih muda dari Serena muncul di perlawanan akhir gelanggang tanah liat pertamanya, menang dengan 7-5, 6-4.
Muguruza adalah wanita Sepanyol pertama yang memenangi kejohanan Grand Slam selepas Arantxa Sanchez-Vicario pada 1998.
Muguruza juga adalah pemenang kali pertama kejohanan Grand Slam yang ketiga berturut-turut selepas kemenangan Flavia Pennetta di Terbuka Amerika Syarikat dan Angelique Kerber di Terbuka Australia.
#Garbine Muguruza #Grand Slam #Serena Williams #Tenis terbuka Perancis
;