Kejutan persaraan Barty: Jaguh tenis dunia doakan masa depan lebih gemilang

Syafik Shukri Jalil
Mac 23, 2022 16:40 MYT
Barty ketika ini merupakan pemain nombor satu dunia dan menduduki ranking tersebut selama lebih daripada dua tahun. - Foto REUTERS
KUALA LUMPUR: Pengumuman persaraan pemain tenis perseorangan wanita nombor satu dunia, Ashleigh Barty bukan sahaja mengejutkan dunia sukan antarabangsa malah turut memberi kesan kepada bintang tenis lain.
Menerusi perkongsian sebuah klip video di laman Instagramnya, Barty menyifatkan keputusan itu merupakan sesuatu yang sukar untuk dicapai namun dia gembira kerana berjaya melakukannya.
Bintang muda berusia 25 tahun ini turut memberi gambaran bahawa akan cuba untuk mengejar impian lain namun tidak dinyatakan secara spesifik mengenai perkara tersebut.
Bagi jaguh Romania yang juga pemenang dua kali trofi Grand Slam, Simona Halep, walaupun sedih dengan pengumuman itu, namun dia berharap agar Barty akan menikmati kehidupannya selepas bersara daripada sukan tenis.
BACA: Selamat tinggal pemain nombor satu dunia! Ashleigh Barty umum bersara
‘’Apa yang boleh saya katakan, semestinya saya sedih dengan berita ini. Anda sangat berbeza dan banyak kenangan manis telah kita kongsi bersama dan pastinya anda akan dirindui.
‘’Jadi apa seterusnya? mungkin selepas ini anda akan menjadi atlet terkemuka dalam sukan golf,’’ kata Halep menerusi satu ciapan di Twitternya pada Rabu.

Ash, what can I say, you know I have tears right? My friend, I will miss you on tour. You were different, and special, and we shared some amazing moments. What's next for you? Grand Slam champion in golf?! Be happy and enjoy your life to the max xo Simo@ashbarty pic.twitter.com/WbX7kXnJ1l

— Simona Halep (@Simona_Halep) March 23, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara bagi bintang Republik Czech, Petra Kvitova pula dia menyifatkan aksi tenis wanita tidak akan sama dengan persaraan Barty.
Malah pemain di ranking 32 dunia ini juga berkata, Barty telah berjaya meninggalkan impak yang besar kepada sukan itu.
‘’Saya kehilangan kata-kata.. Anda meninggalkan sukan ini dengan legasi yang tersendiri dan saya berbangga pernah beraksi di gelanggang yang sama.
‘’Sukan ini pasti tidak akan sama tanpa anda dan saya kagum dengan pencapaian anda sebagai seorang atlet dan mengharapkan yang terbaik untuk anda,’’ ujarnya.

Ash, I have no words... actually you are showing your true class leaving tennis in this beautiful way. I am so happy I could share the court with you.. tennis will never be the same without you! I admire you as a player and a person.. wishing you only the best! @ashbarty

— Petra Kvitova (@Petra_Kvitova) March 23, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Manakala luahan sama diluahkan Karolina Pliskova dan Madison Keys susulan pengumuman itu dan berharap Barty akan mencipta lebih banyak kegemilangan di masa akan datang.

Congrats on an incredible career Ash It was a privilege to share a court with you. Wishing you all the best in your next chapter, @ashbarty. You will be missed pic.twitter.com/bpL20nIUJQ

— Karolina Pliskova (@KaPliskova) March 23, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An incredible tennis player but more importantly one of the nicest people on tour Congratulations @ashbarty on an amazing career and good luck with whats next! pic.twitter.com/Mhwzyf6nbX

— Madison Keys (@Madison_Keys) March 23, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Barty ketika ini merupakan pemain nombor satu dunia dan menduduki ranking tersebut selama lebih daripada dua tahun.
Dia pernah memenangi tiga kejuaraan perseorangan wanita Grand Slam iaitu Terbuka Perancis 2019, Wimbledon (2021) dan Terbuka Australia tahun ini.
#Ashleigh Barty #umum persaraan #Simona Halep #Petra Kvitova
;