Kejuaraan WBC Asia Continental: Adli Hafidz gagal pertahan kejuaraan

Astro Arena
Jun 28, 2024 04:43 MYT
Adli mengambil kekalahan itu dengan positif dan beliau akan bangkit untuk perlawanan seterusnya yang akan diumumkan kelak. - Foto Stadium Astro
ATLET tinju profesional negara, Adli Hafidz Mohd Pauzi, gagal mempertahankan Kejuaraan WBC Asia Continental susulan tewas kepada petinju Thailand, Rattawut Thongaram, dengan keputusan sebulat suara setelah 10 pusingan.
Adli juga merupakan juara bertahan menyangka bahawa beliau memenangi perlawanan tersebut namun ia seolah dirompak dengan keputusan berat sebelah dari juri.
Adli berkata beliau ditolak sehingga 3-4 kali dan dijatuhkan dengan sengaja namun tiada penolakan mata daripada pihak juri.
Atlet yang berasal daripada Johor Bahru itu nyata kesal dengan keputusan berat sebelah itu apabila pengulas sendiri menyatakan kemenangan berpihak kepada Adli.
Namun Adli mengambil kekalahan itu dengan positif dan beliau akan bangkit untuk perlawanan seterusnya yang akan diumumkan kelak.
Adli dengan memegang rekod 13-2 kali ini optimis akan memberikan kejayaan lebih cemerlang untuk negara pada perlawanan akan datang.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
#Adli Hafidz Mohd Pauzi #gagal pertahan kejuaraan #Kejuaraan WBC Asia Continental #atlet tinju #petinju Thailand #Rattawut Thongaram