Kejohanan Wimbledon: Djokovic terus buru gelaran grand slam ke-20
Astro Arena
Julai 10, 2021 10:42 MYT
Julai 10, 2021 10:42 MYT
NOVAK Djokovic mara ke final Kejohanan Tenis Wimbledon buat kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan Denis Shapovalov 7-6, 7-5, 7-5 awal pagi tadi.
Pemain pilihan ke-10, Shapovalov, mempamerkan aksi menghiburkan dalam pertarungan separuh akhir di Centre Court itu, terutama ketika melakukan pukulan kilas sebelah tangan, tetapi turut melakukan beberapa kesilapan ketika cuba menghalang lawan di ranking nombor satu dunia itu daripada mara ke final.
Djokovic seterusnya akan bertemu Matteo Berrettini dalam final hujung minggu ini selepas pemain Itali itu menewaskan Hubert Hurkacz dalam aksi empat set.
Jaguh Serbia itu kini berpeluang untuk menyamai rekod Roger Federer dan Rafael Nadal dengan 20 gelaran grand slam seandainya memenangi perlawanan akhir itu.
#Novak Djokovic
#Roger Federer
#Rafael Nadal
#Grand Slam
#tenis
#Denis Shapovalov
#Kejohanan Tenis Wimbledon
#Wimbledon