Kejohanan Trek Dunia London: Azizulhasni bawa pulang gangsa

Astro Arena
Mac 7, 2016 02:37 MYT
Azizulhasni menamatkan perlumbaan di belakang Joachim Eilers (pertama) dan Ed Dawkins (kedua).
AZIZULHASNI Awang berjaya merangkul pingat gangsa dalam saingan final acara keirin Kejohanan Trek Dunia London pada Isnin.
Azizul menamatkan perlumbaan di belakang Joachim Eilers (pertama) dan Ed Dawkins (kedua).
Kejayaan merangkul gangsa itu turut menjadi penyuntik semangat untuk mencipta kejayaan di temasya Olimpik Rio selepas ini.
#acara Keirin #Azizulhasni Awang #Ed Dawkins #Joachim Eilers #trek dunia london