Kejohanan Thanh Nien: Malaysia tewas di final

Astro Arena
Ogos 11, 2022 05:30 MYT
Skuad B19 Malaysia kalah kepada pasukan tuan rumah di pentas final Kejohanan Thanh Nien di Stadium Binh Duong, Vietnam malam tadi. - Foto Facebook Football Association of Malaysia
SKUAD B19 negara terpaksa akur dengan kekalahan di pentas final Kejohanan Thanh Nien kepada Vietnam menerusi penentuan penalti 4-3 di Stadium Binh Duong, Vietnam malam tadi.
Malaysia berjaya melangkah ke final susulan meraih kemenangan 2-0 ke atas Myanmar selepas melewati dua perlawanan yang kurang memberangsangkan ketika seri 1-1 dengan Thailand sebelum tewas 2-1 kepada Vietnam.
Skuad kendalian Hassan Sazali Waras bergelut untuk menemui jalan menyesuaikan diri dengan corak permainan ditampilkan Vietnam dan ketinggalan menerusi jaringan Nguyen Van Tu pada minit ke-11.
Di sebalik dominasi permainan yang dipamerkan Vietnam sepanjang perlawanan, Malaysia berjaya menyamakan kedudukan enam minit sebelum tamat perlawanan hasil Azhad Harraz Arman.
Perlawanan diheret ke penentuan penalti dan Malaysia dua kali gagal menyempurnakan percubaan sekali lagi membenarkan Vietnam dinobat sebagai pemenang.
#Skuad B19 negara #Kejohanan Thanh Nien #Vietnam #Azhad Harraz Arman
;