Kejohanan Olahraga Dunia Dalam Dewan: Coleman muncul raja pecut 60m
Astro Arena
Mac 2, 2024 10:00 MYT
Mac 2, 2024 10:00 MYT
Coleman muncul pelari terpantas acara 60 meter, meraih pingat emas, mengalahkan Noah Lyles dan Ackeem Blake. - Foto Astro ARENA
CHRISTIAN Coleman muncul pelari terpantas acara 60 meter, mengatasi pencabar terdekat, Noah Lyles untuk meraih pingat emas dalam Kejohanan Dunia Olahraga Dalam Dewan awal pagi tadi.
Apabila disahkan gandingan dari Amerika Syarikat itu bakal bertemu di Glasgow ia telah meningkatkan jangkaan menyaksikan dua pelari terpantas merebut gelaran terbaik dunia.
Memiliki corak larian yang berbeza -- dengan Lyles lebih dominan untuk jarak yang lebih jauh, sementara Coleman memilik teknik yang luar biasa untuk memecut dalam jarak yang lebih singkat ditambah teknik pelepasan blok yang cukup mengagumkan.
Coleman terpantas dalam peringkat saringan dan separuh akhir, dan kemenangan buat dirinya tidak diragui selepas memulakan perlumbaan.
Lyles mula mengejar saingan pada 40 meter terakhir, namun ia seakan sudah tertulis pingat emas buat Coleman dengan catatan masa 6:41 saat.
Perak milik Lyles (6.44s), dengan Ackeem Blake dari Jamaica meraih gangsa dengan catatan masa 6.46s.