Kejohanan Eropah B-21: Anthony Gordon bawa England ke separuh akhir
Astro Arena
Julai 3, 2023 09:00 MYT
Julai 3, 2023 09:00 MYT
ENGLAND 1 PORTUGAL 0
Jaringan kedua Anthony Gordon dalam Kejohanan Eropah B-21 memastikan kemenangan 1-0 England ke atas Portugal, sekali gus membawa The Three Lions ke separuh akhir awal pagi tadi.
Pemain sayap Newcastle United itu, yang beraksi sebagai penyerang tengah dalam pasukan bimbingan Lee Carsley berkenaan, menjaringkan gol tunggal pada 10 minit terakhir babak pertama menerusi penyudah kemasnya.
Portugal memberikan tekanan hebat pada penghujung permainan, di mana percubaan Henrique Araujo terkena palang pada ketika penjaga gol James Trafford, sudah tertewas.
Bagaimanapun, England -- yang masih belum dibolosi sebarang gol sepanjang kejohanan itu -- kental bertahan sehingga ke wisel penamat.
Mereka seterusnya akan bertemu Israel, yang tewas 0-2 kepada mereka di peringkat kumpulan, bagi penentuan ke final awal pagi Khamis ini.