KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia menepati ramalan apabila mengesahkan tempat ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia di Huelva, Sepanyol hari ini.
Bagaimanapun, juara All England 2021 itu terpaksa mengharungi 50 minit perlawanan yang berlanjutan hingga set penentuan sebelum mengenepikan cabaran Jason Anthony Ho-Shue dari Kanada yang menunjukkan kebangkitan pada set kedua.
Pilihan keenam kejohanan berusia 23 tahun itu memulakan set pertama dengan menang mudah 21-10, sebelum Jason bangkit memenangi set kedua 21-17.
Zii Jia yang mendapat suntikan semangat daripada jurulatihnya Hendrawan, bermula garang menguasai permainan sebelum menokhtahkan kemenangan di set ketiga 21-11 bagi berdepan pemain Brazil Ygor Coelho.
Turut ke pusingan kedua, pemain profesional negara Liew Daren yang mengalahkan pemain Israel Misha Zilberman 21-14, 21-14 dan bakal berdepan sama ada H S Pranoy dari India atau Angus Ang ka Long dari Hong Kong.
Sementara itu, satu lagi kejayaan dilakar kem negara menerusi acara beregu campuran.
Gandingan Hoo Pang Roon-Cheah Yee See menewaskan wakil Belanda Ties Van Der Lecq-Debora Jille 26-24, 21-12 dalam pertarungan selama 42 minit.
Pang Roon-Yee See berdepan tugas berat apabila dijadual bertemu pilihan keempat dari Indonesia Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti yang mendapat 'bye' di pusingan pertama.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 13 2021

Pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia menepati ramalan apabila mengesahkan tempat ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia di Huelva, Sepanyol hari ini.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Aaron-Wooi Yik alih tumpuan ke Sukan Asia Hangzhou 2022
Mereka mahu melupakan episod duka di Denmark itu dan ingin kekal positif untuk memburu pingat emas pada temasya di China bulan depan.

Badminton Dunia BWF: M. Thinaah berterima kasih kepada Pearly Tan
Sebelum pulang ke tanah air, Thinaah meluangkan masa untuk menegaskan perjuangan akan diteruskan.

Kejohanan Badminton Dunia: Tze Yong telah berikan yang terbaik - Hendrawan
Ng Tze Yong kecundang berhadapan wakil tuan rumah yang merupakan pemain pilihan ke-12 kejohanan Anders Antonsen.

Jin Wei sukar tandingi Se Young
Pemain Korea Selatan itu hanya mengambil masa 35 minit untuk menewaskan Jin Wei dengan keputusan 12-21, 12-21 pada aksi pusingan kedua.

Tze Yong ada kualiti tersendiri - Hendrawan
Henderawan menyifatkan Tze Yong mempunyai karakter tersendiri di gelanggang dan tidak mustahil dia memberi cabaran kepada pemain lain.

Tekanan makin tinggi, ancaman lebih hebat menanti - Aaron
Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjangkakan tekanan semakin tinggi untuk mereka mencipta lebih banyak kejayaan.

PM ucap tahniah Aaron-Wooi Yik juara pertama Malaysia di Kejohanan Badminton Dunia
Ismail Sabri berkata kejayaan itu merupakan hadiah yang cukup bermakna buat negara sempena Hari Kebangsaan 2022, tidak lama lagi.

"Sumpahan" Birmingham hantui Zii Jia?
Kata Roslin Hashim, Lee Zii Jia telah mensia-siakan peluang keemasan apabila 'bungkus awal' di Jepun.

Ng Tze Yong berada di landasan terbaik untuk ke Kejohanan Dunia Tokyo
Atlet badminton perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong yakin beliau berada di landasan terbaik untuk beraksi di Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun yang akan bermula pada 22 hingga 28 Ogos ini.

Zii Jia mara ke suku akhir kejohanan dunia
Zii Jia terpaksa beraksi hampir satu jam sebelum berjaya menundukkan pemain Denmark, Hans-Kristian Vittinghus 21-15, 15-21, 21-10.