Kejohanan Dunia BWF: Jurulatih asah kekuatan mental Lee Zii Jia

Astro Arena
Ogos 16, 2023 23:36 MYT
Tat Meng turut berkongsi perspektif bahawa Zii Jia akan turun ke Eropah dengan cabaran bukan sebagai perseorangan lelaki pilihan. - Gambar Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Pengarah Kejurulatihan Team LZJ, Wong Tat Meng, mengakui ini bukan masa terbaik untuk merombak regim latihan Lee Zii Jia menuju ke Kejohanan Dunia BWF 2023 di Copenhage, Denmark.
Tat Meng yang mula membimbing pemain perseorangan profesional itu sejak awal bulan lalu tidak mempunyai kesempatan untuk memperincikan program latihannya yang menyaksikan Zii Jia terkandas awal dalam Terbuka Korea Selatan dan Terbuka Jepun sebelum mara ke separuh akhir Terbuka Australia.
Justeru, dia tidak tergesa-gesa untuk mengubah corak permainan pemain berusia 25 tahun itu bagi pertemuan pusingan pertama dengan Jonatan Christie, Isnin depan.
"Program latihannya masih baru dan masih menyesuaikan diri dalam proses baru ini.
"Jadi saya akan ubah sedikit sahaja (corak permainannya) tapi kami ada banyak komunikasi selepas tiga kejohanan baru-baru ini.
"Ia banyak membabitkan aspek pemikiran dan psikologi dalam perlawanan," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.

Incoming transmission ahead of the World Championship in Copenhagen Denmark. The answer to Lee Zii Jias training program after outings in Korea, Japan and Australia. And his unseeded status ahead of the World Championship. pic.twitter.com/oq02xta8pu

— Team LZJ (@TeamLZJ) August 16, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tat Meng turut berkongsi perspektif bahawa Zii Jia akan turun ke Eropah dengan cabaran bukan sebagai perseorangan lelaki pilihan.
"Bukan Lee Zii Jia sahaja, mana-mana pemain pun jika ingin bergelar juara maka dia perlu mengalahkan kesemua seterunya.
"Dengan tidak diletakkan sebagai pemain pilihan maka bolehlah dia beraksi dengan lebih tenang.
"Berdasarkan latihan dan kejohanan yang disertainya sebelum ini, dia sudah pun berasakan tekanan besar.
"Saya harap dia boleh atasi situasinya sekarang," katanya.
#BWF #Lee Zii Jia #perseorangan lelaki pilihan #tekanan besar
;