Kejohanan ASEAN AFF B-19: Harimau Muda jinakkan Singapura

Astro Arena
Julai 22, 2024 23:15 MYT
Skuad kendalian Juan Torres Garrido berjaya mengumpul enam mata dalam saingan Kumpulan C selepas menewaskan Singapura serta Brunei 11-0 minggu lalu. - Foto Facebook/Football Association of Malaysia
MALAYSIA 5 SINGAPURA 0
Perlawanan kedua Kumpulan C menyaksikan skuad muda negara meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan Singapura 5-0 di Stadium Gelora, Indonesia, malam tadi.
Jaringan Malaysia hadir menerusi Ridzwan Rosli, Naim Zainudin, G. Pavithran dalam separuh masa pertama, manakala, Farish Danish dan Izzat Syahir menambah jaringan melengkapkan kemenangan selesa buat skuad negara menewaskan negara jiran itu.
Skuad kendalian Juan Torres Garrido berjaya mengumpul enam mata dalam saingan Kumpulan C selepas menewaskan Singapura serta Brunei 11-0 minggu lalu, dan akan berdepan cabaran Thailand dalam perlawanan terakhir pada 25 Julai nanti. - Stadium Astro
#ASEAN AFF #B-19 #harimau muda #Stadium Gelora