Selepas sekian lama, Manchester City berupaya mencontohi kejayaan ‘treble’ Manchester United pada 1999 bersandarkan kepada kejayaan terbaru menumpaskan Inter Milan dalam final Liga Juara-Juara (UCL) di Istanbul, Turki pada Ahad.
Apakah perbezaan di antara barisan ‘treble’ City dengan kesebelasan gemilang United yang lebih dahulu menggapai aras berkenaan?
Laman independent.co.uk menawarkan dapatannya demi manfaat peminat kedua-dua pasukan, yang menampilkan ketidakseimbangan daripada segi statistik yang lebih memihak kepada skuad kendalian Pep Guardiola itu.
United hanya tewas tiga perlawanan dalam musim kejayaan ‘treble’ mereka.
Tapi 21 keputusan seri dalam 57 perlawanan merentasi tiga pertandingan menyaksikan City menenggelami pesaingnya itu dalam kebanyakan kategori statistik yang lain.
Dengan mengecualikan rekod Piala Liga daripada kedua-dua pasukan, City telah mencatat 42 kali menang (73.7 peratus) berbanding 33 di pihak United (57.9 peratus), 145 gol berbanding 121 dan 26 perlawanan tanpa bolos berbanding 20.
The Citizens hanya bolos 39 gol berbanding 56 di pihak United, dengan purata 2.54 jaringan setiap perlawanan dan bolos purata 0.68 dibandingkan dengan United, 0.98.
City juga telah menyumbat empat gol atau lebih sebanyak 16 kali atau 28.1 peratus daripada perlawanannya, iaitu dua kali ganda mengatasi United.
Sumbangan 51 gol Erling Haaland dalam kejayaan ‘treble’ City tidak mempunyai tandingan daripada United yang berkongsi tugas menjaringkan gol secara lebih sama rata dalam kalangan pemainnya.
Dwight Yorke dan Andy Cole mewujudkan gandingan penyerang yang berbisa, dengan Yorke mengatasi rakan serangannya itu dengan 18 gol liga berbalas 17 dan 29-24 gol dalam semua pertandingan.
Pemain gantian, Ole Gunnar Solskjaer, menyumbat 12 gol liga di sebalik bermula dalam hanya sembilan perlawanan di samping 15 gol dalam tiga pertandingan. Paul Scholes dan Ryan Giggs turut menyumbang jaringan dua angka, dengan David Beckham mengekori dengan sembilan gol.
Haaland meraih anugerah kasut emas Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan 36 gol yang menjadi satu catatan rekod dan 12 jaringan lagi dalam UCL.
Dia disokong Julian Alvarez dengan 15 gol dalam liga, Piala FA dan UCL, sama seperti Phil Foden, di samping 13 gol daripada Riyad Mahrez dan jumlah dua angka sumbangan wira final piala, Ilkay Gundogan dan Kevin De Bruyne.
Lapan pemain daripada skuad Sir Alex Ferguson – penjaga gol, Peter Schmeichel, pemain pertahanan, Gary Neville dan Jaap Stam, trio pemain tengah, David Beckham, Roy Keane dan Paul Scholes, serta Cole dan Yorke di barisan depan -- telah tampil dalam 50 atau lebih daripada 57 perlawanan yang membawa kepada kejayaan ‘treble’ mereka.
Sebaliknya, cuma Rodri dan Bernardo Silva dapat berkongsi kebanggaan yang sama dalam kejayaan ‘treble’ City, yang banyak bersandarkan kepada dasar penggiliran pemain oleh Guardiola dan kedalaman skuad miliknya.
Haaland, Gundogan dan Jack Grealish pula telah tampil sebanyak 50 kali dalam semua pertandingan. - Stadium Astro
Astro Arena
Wed Jun 14 2023

Pemain Manchester City meraikan kejayaan pasukan itu ketika Treble Parade di Manchester, England. - Foto AP
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

Piala FA Inggeris: Megah tewaskan Liverpool, Plymouth tersungkur di depan Man City
Nico O'Reilly, menyamakan kedudukan 1-1 dan terus memacu kebangkitan apabila menghadiahkan jaringan kedua pada minit ke-76.

Manchester City kekal kedudukan teratas sebagai pasukan paling berharga di dunia
Manchester City mendahului dengan nilai pasaran EUR1.30 bilion, diikuti oleh Real Madrid (EUR1.23 bilion), Arsenal (EUR1.15 bilion), Barcelona (EUR1.01 bilion) dan Liverpool (EUR967.50 juta).

Salah, Szoboszlai hantui Manchester City di Etihad
Kemenangan luar biasa ke atas penyandang juara ini melebarkan jurang mata di puncak liga dan memberi tekanan psikologi kepada Arsenal.

UCL: Hatrik Mbappe buat Manchester City berputih mata
Dengan jaringan hatrik daripada penyerang itu, Madrid meneruskan kemaraan dengan agregat 6-3.

EPL: Newcastle gagal saingi fizikal Manchester City
Omar Marmoush melengkapkan hatrik dalam tempoh 14 minit separuh masa pertama, manakala jaringan James McAtee menutup kekalahan berat itu.

Piala FA: Selepas singkir Liverpool, giliran Manchester City buruan Plymouth
Manchester United, bakal bertemu Fulham, manakala Newcastle United bertemu Brighton dan Bournemouth bertemu Wolverhampton Wanderers.

EPL: Manchester City sambar arkitek baharu dari Porto
Nico Gonzalez menandatangani kontrak selama empat tahun setengah dengan yuran perpindahan sebanyak 60 juta euro (RM277.4 juta).

Kapten Manchester City, Kyle Walker sertai Milan secara pinjaman
Nilai perpindahan Walker dianggarkan sekitar 4.2 juta pound (RM24.8 juta).

Man City lengkapkan pembelian Omar Marmoush dari Eintracht Frankfurt
Manchester City telah melengkapkan pembelian penyerang Mesir, Omar Marmoush daripada Eintracht Frankfurt, menurut kelab Liga Perdana Inggeris itu.

UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes
PSG melangkah ke tangga ke-22 dalam carta liga, manakala The Citizens turun ke tangga ke-25.