Kejayaan Mun Yee pembakar semangat kontinjen Malaysia
Astro Awani
Disember 14, 2012 20:24 MYT
Disember 14, 2012 20:24 MYT
Emas yang diraih penerjun negara, Leong Mun Yee pada Khamis pada temasya Sukan Universiti Asean (AUG) terus memberi dorongan buat para penerjun lain.
Malah sasaran untuk meraih lima emas dalam acara berkenaan juga hampir pasti dapat dicapai.
Pada Khamis, Mun Yee mempamer terjunan kemas untuk menguasai kategori satu meter papan anjal wanita.
Saingan itu juga menyaksikan penguasaan satu-dua malaysia selepas Cheong Jun Hoong meraih pingat perak.
Buat Ketua Kontinjen Negara, Profesor Dr Yahaya Ibrahim, kejayaan Mun Yee dan Jun Hoong bakal menambah semangat buat skuad terjun.
Ini kerana sukan itu nyaris kehilangan empat kategori berikutan kurangnya penyertaan.
“ini akan memberikan semangat la kepada team diving kita yang sebelum ini macam-macam spekulasi telah dibuat tapi alhamdulillah kita telah menunjukkan masih berjaya menggondol emas dan perak di sini,” kata Dr. Yahaya Ibrahim.
Untuk rekod, acara terjun diperkenalkan buat kali pertama bagi edisi AUG kali ini.