Kejayaan Khairul Idham: Netizen harap Adam Norrodin juga diberi penghargaan

Madiha Abdullah
April 4, 2016 16:29 MYT
Disuntik dengan semangat Malaysia Boleh, Adam yang terjatuh, bangun dan menolak motosikalnya hingga ke garisan penamat.
Di sebalik kegemilangan yang dilakar penunggang negara, Khairul Idham Pawi yang berjaya mengukir nama sebagai juara saingan Moto3 Grand Prix (GP) di Argentina semalam, jangan dilupa pada seorang lagi penunggang negara, Adam Norrodin.
Jika tidak kerana dia terbabit dalam kemalangan di selekoh akhir pusingan, dia juga tentunya berjaya mencipta sejarah tersendiri di tempat kedua.
Selain nama Khairul Idham yang menjadi sebutan, netizen juga nampaknya melontarkan setinggi-tinggi pujian buat Adam yang mempamerkan kegigihan luar biasa.

Yay dont give up adam norrodin. Malaysia proud with you. Nak nangis nya tengok ?? https://t.co/YQv3LUe84d

— ??? (@SitiAisyahYsf) April 4, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Disuntik dengan semangat Malaysia Boleh, Adam yang terjatuh, bangun dan menolak motosikalnya hingga ke garisan penamat.
Ia menyaksikan Adam tetap berjaya membawa pulang mata apabila berada di tempat ke 11.

Proud with you Adam Norrodin ??????

— ??? (@SitiAisyahYsf) April 4, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Despite the historic win by Khairul Idham Pawi #Moto3 #ArgentinaGP. Salute to Adam Norrodin for pushing his bike to the finish #NeverGiveUp

— Nazree Nassir (@Nazree_Nassir) April 4, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

kesian Adam Norrodin semalam. almost a 1-2 finish for Malaysia. bright future for Malaysian motorsports indeed. #Moto3

— danial. (@dnlxarf) April 4, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Also Adam Norrodin, who fell off, then pushed his bike to finish, that Malaysian 'never-give-up' attitude @Khairykj pic.twitter.com/NHpPSBPJ36

— Shamil Norshidi (@snorshidi) April 4, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ramai yang sayu namun tetap berbangga menonton klip insiden kecil itu, dan berharap Adam turut sama menerima penghargaan khalayak seperti yang diterima Khairul Idham.
Saingan Moto3 Grand Prix di Litar Termas de Rio Hondo, Argentina semalam menyaksikan buat kali pertamanya, lagu Negaraku berkumandang mengiringi upacara penyampaian hadiah, apabila Khairul Idham muncul pemenang menewaskan Jorge Navarro dari Sepanyol dan pelumba Afrika Selatan, Brad Binder.
#adam norrodin #Argentina #Khairul Idham Pawi #MotoGP
;