'Kegiatan gila' jika benar Ferarri usir Vettel - Button
Astro Arena
Mei 19, 2020 12:10 MYT
Mei 19, 2020 12:10 MYT
JIKA benar Ferrari mengusir Sebastian Vettel keluar daripada pasukan, menurut Jenson Button menganggap ia sebagai 'kegiatan gila', yang berpendapat pengganti, Carlos Sainz, bukanlah jalan penyelesaian mereka.
Ferrari minggu lalu mengumumkan kerjasama mereka bersama Vettel tidak akan dilanjutkan sejurus musim 2020 berakhir setelah gagal mencapai kesepakatan mengenai pembaharuan kontrak pelumba kelahiran Jerman itu.
Laporan telah menjelaskan Scuderia tidak menawarkan juara empat kali kontrak baru.
Button yang bingung dengan apa yang telah berlaku, berasakan ia adalah satu keputusan yang aneh jika mereka hanya ingin membuka jalan bagi Charles Leclerc untuk memimpin pasukan.
"Sekiranya dia diarah keluar meninggalkan pasukan, bagi saya itu adalah satu perkara yang tidak betul, Vettel, juara dunia empat kali," kata Button di Sky Sports.
"Saya rasa dia membuktikan sesuatu tahun lalu. Dia mengalami saat yang sukar pada musim ketika Charles tampil cemerlang dan saya rasa itu sedikit menyakitkan mentalnya. Tetapi dia kembali sangat kuat, dan dia merupakan pelumba yang anda perlu pilih sekiranya anda memiliki pasukan F1.
"Pasti ada yang lebih banyak. Saya tidak tahu sama ada Ferrari tidak mahu dua pemandu nombor satu atau apa tetapi ia adalah pilihan yang sangat pelik bagi saya dan saya masih terkejut bahawa Vettel tidak lagi bersama jentera merah itu."
Sainz, yang menduduki tempat keenam dalam kedudukan pemandu musim lalu, akan tiba dari McLaren untuk mengisi kerusi yang dikosongkan oleh Vettel.
Setelah menunjukkan peningkatan yang ketara pada tahun 2019 dan memperoleh podium pertama di Grand Prix Brazil sebelumnya, Button tidak menyangka Sainz akan berpuas hati beroperasi sebagai pemandu nombor dua.
Juara Formula Satu 2009 itu juga mendakwa bahawa jika musim ini tidak ditangguhkan kerana wabak koronavirus, Vettel dapat melakukan cukup banyak untuk memastikan dia kekal bersama Ferrari.
"Sekiranya [ketua pasukan Ferrari, Mattia] Binotto memilih Carlos kerana dia menganggap dia memiliki sepasang tangan yang baik tetapi tidak menaikkan gaji Charles, maka saya berasakan dia salah," kata Button.
"Saya fikir Carlos soerang pemenang, seperti ayahnya. Dia mahu membawa pulang kejuaraan. Oleh itu [Binotto] telah memilih orang yang salah jika dia hanya mahukan suasana yang baik.
"Kita mesti melihat bagaimana ia bermain, tetapi ini adalah masa yang pelik pada masa ini. Kami belum melihat kereta F1 dalam beberapa bulan dan untuk membuat pilihan pemandu pada ketika pemandu belum memandu.
"Biasanya ini pertengahan musim dan anda melihat bagaimana prestasi pemain pada tahun itu. Vettel mungkin meraih empat, lima kemenangan ketika ini dan kemudian saya yakin keputusannya akan sangat berbeza."