Kegagalan lalu titik tolak Djokovic lebih merendah diri

Astro Arena
November 1, 2021 10:54 MYT
DJOKOVIC: Ia menyedarkan saya bahawa saya perlu kembali ke gelanggang latihan dan benar-benar memahami apa yang perlu dilakukan supaya dapat memperbaiki diri. - Gambar fail AP
PEMAIN nombor satu dunia, Novak Djokovic, berkata dia akan kembali beraksi dalam Master Paris dengan menjadi seorang pemain tenis yang lebih merendah diri.
Pemain Serbia itu bakal membuat penampilan pertamanya sejak kekalahan final Terbuka Amerika Syarikat (AS) kepada Daniil Medvedev menerusi kejohanan ATP 1000 di ibu negara Perancis itu.
Kekalahan di New York itu menyaksikan Djokovic terlepas peluang muncul sebarai pemain ketiga yang melengkapkan empat koleksi Grand Slam acara perseorangan pada tahun yang sama.
Djokovic juga terlepas peluang untuk menduduki tempat teratas senarai pemenang kejohanan Grand Slam sepanjang zaman apabila kekal bersama Roger Federer dan Rafael Nadal dengan 20 gelaran.
Bagaimanapun, pemain berusia 34 tahun itu -- yang beleum mengesahkan penyertaan dalam Terbuka Australia 2021 -- kini berasa tenang apabila memikirkan kekalahannya kepada pemain nombor dua dunia Russia, Medvedev.

Paris lets gooo !! All smiles to be back here in this beautiful place @RolexPMasters : @corinnedubreuil pic.twitter.com/gIHX5FSBCq

— Novak Djokovic (@DjokerNole) October 31, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Dalam senario yang paling ideal, saya akan menawan keempat-empat gelaran itu," kata Djokovic dalam sidang media.
“Menyedari saya begitu hampir melengkapkannya, ia memberi saya dorongan tinggi pada masa depan tetapi ia juga membuatkan saya merendah diri tentang corak permainan dan kerjaya saya.
"Ia menyedarkan saya bahawa saya perlu kembali ke gelanggang latihan dan benar-benar memahami apa yang perlu dilakukan supaya dapat memperbaiki diri.
"Ini bukan satu kerugian biasa-biasa atas sebab situasinya. Saya telah belajar selama bertahun-tahun untuk menangani kekalahan dengan cara yang saya menganggapnya sebagai peluang besar untuk berkembang.
“Saya berasakan kekalahan dalam final Terbuka AS boleh dikatakan tiba pada masa yang paling teruk atau pada masa terbaik untuk saya dengan satu cara.
“Saya kecewa kerana saya kalah dalam perlawanan itu tetapi saya rasa seperti diberkati untuk berasa kasih sayang daripada penonton dan sokongan di stadium yang belum pernah saya alami sebelum ini sepanjang di New York, malah tidak di banyak tempat di dunia ini.
"Tenaga seperti itu yang saya terima daripada peminat dari saat saya melangkah ke gelanggang sehingga saya melangkah keluar, ia boleh dianggap kemenangan seumur hidup."
#tenis #Grand Slam #Novak Djokovic #merendah diri
;