Kedah Darul Aman FC dalam fasa penstrukturan semula untuk musim 2024/25 - Pemilik

Astro Arena
Mac 25, 2024 04:15 MYT
Mohd Daud berkata KDA FC perlu berpijak di bumi nyata bagi menghadapi Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25. - Foto Stadium Astro
KEDAH Darul Aman (KDA) FC dalam fasa penstrukturan semula sambil pemilik majoriti kelab, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, mengesahkan kelab itu perlu berpijak di bumi yang nyata bagi menghadapi Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
Kempen Sang Kenari pada musim lalu dipalit isu tunggakan gaji dan menurut Daud, mereka perlu realistik dalam menetapkan pencapaian musim ini.
"Kami menyasarkan mengekalkan status empat pasukan terbaik dalam Liga Super dan sekurang-kurangnya ke suku akhir Piala FA dan Piala Malaysia.
"Dan satu kejuaraan sudah dianggap bonus memandangkan pada tahun ini telah melakukan penstrukturan semula," katanya dalam Sidang Media Status Terkini Dan Perancangan Kedah Darul Aman di Alor Setar sambil ditemani Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Shahrul Samsudin dan ketua jurulatih, Nafuzi Zain, sebentar tadi.
Justeru, antara langkah pengstrukturan semula itu ialah pengurangan sebanyak 30 peratus bajet pengurusan sejak bulan lagi, menikmati premis sewaan yang lebih rendah dan lebih rancak dalam soal menjana ekonomi kelab misalnya cenderamata serta perniagaan di luar bola sepak.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
#Kedah Darul Aman KDA FC #fasa penstrukturan semula #Mohd Daud Bakar #Liga Malaysia #Liga Super