Kedah bangkit daripada rentetan kekalahan dengan penuh bergaya

Astro Arena
Ogos 17, 2021 06:51 MYT
Kemenangan tersebut menyaksikan Kedah di tempat keempat dengan mengumpul 29 mata. - Stadium Astro
ALOR SETAR: Kedah Darul Aman FC menebus kekecewaan sebelum ini dengan meraih kemenangan bergaya 4-1 ke atas Penang FC dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, semalam.
Ia merupakan perlawanan tertunda di antara kedua-dua pasukan dalam Kedah dalam misi untuk mengelak daripada terus kemarau kemenangan di laman sendiri.
Skuad kendalian Aidil Sharin Sahak membuka jaringan pada minit ke-17 menerusi Tchetche Kipre sebelum Baddrol Bakhtiar menggandakan jaringan enam minit kemudian.
Permainan cemerlang Kedah terus membuahkan hasil apabila Kipre meledak jaringan ketiga buat Kedah sebelum David Rowley mengurangkan defisit jaringan buat pasukan pelawat.
Rentak permainan pantas terus dipamerkan Kedah dalam separuh masa kedua, serangan demi serangan yang dilancarkan akhirnya disempurnakan menerusi jaringan Kpah Sherman pada minit ke-55.
Skuad bimbingan Thomas Trucha berusaha bagi mendapatkan jaringan namun gagal membuahkan hasil.
Kemenangan tersebut menyaksikan Kedah di tempat keempat dengan mengumpul 29 mata.
#Kedah #Liga Super #Penang FC #bola sepak #Stadium Darul Aman #Tchetche Kipre #David Rowley #Thomas Trucha #Kpah Sherman
;