Kecederaan Mendy paksa Guardiola cari pertahanan kiri baru
Astro Arena
Mac 2, 2019 11:03 MYT
Mac 2, 2019 11:03 MYT
PEP Guardiola mengakui kegagalan meletakkan kepercayaan terhadap tahap kecergasan Benjamin Mendy memaksa beliau untuk mendapatkan pemain baru.
Manchester City menjadikan Mendy pertahanan kiri termahal dunia sejak menyertai City dari Monaco dengan nilai perpindahan GBP52 juta (RM279 juta) pada Julai 2017.
Aksi yang dipamerkan oleh pemain kebangsaan Perancis itu serta mesra di laman sosial segera menjadikan dirinya salah seorang pemain digemari penyokong, tetapi kecederaan ligamen lutut memaksanya diketepikan hampir sepanjang musim ketika City memenangi Liga Perdana Inggeris dan Piala EFL.
Satu lagi pembedahan dijalankan musim ini memaksa Mendy diketepikan lagi untuk kunjungan ke Bournemouth, selepas hanya memanaskan bangku simpanan ketika City meraih kemenangan 1-0 ke atas West Ham.
City masih lagi gagal memiliki pakar pertahanan kiri - pemain tengah Ukraine, Oleksandr Zinchenko, merupakan pemain terbaik mengisi posisi tersebut dan Guardiola terpaksa mendapatkan pemain baru musim panas ini.
"Kami sedang berbincang untuk mendapatkan pemain pertahanan kiri yang baru," kata Guardiola.
"Terdapat tiga atau empat posisi yang diperlukan tetapi kami perlu mendapatkan pertahanan kiri.
Guardiola menolak cadangan Mendy bergelut untuk menyesuaikan diri dengan jadual padat saingan EPL tetapi berharap kecederaan tidak lagi menghimpit pemain itu selepas ini.
"Jika dia berlaku dalam dua musim, ia akan berlaku sekali lagi. Kami berharap sebaliknya kerana dia sedang bekerja keras untuk pulih."
#Benjamin Mendy
#kecederaan ligamen lutut
#Liga Perdana Inggeris
#Manchester City
#Pembedahan
#Pep Guardiola
#perpindahan
#termahal