Kean Yew nombor lima dunia
Sinar Harian
Oktober 5, 2022 06:30 MYT
Oktober 5, 2022 06:30 MYT
JUARA Dunia 2021, Loh Kean Yew kini berstatus nombor lima terbaik dunia buat pertama kali dalam kariernya, sekali gus menjadi pemain perseorangan Singapura pertama berada di kedudukan tersebut.
Dalam kemas kini ranking terbaharu Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Selasa, Kean Yew naik dua anak tangga daripada ketujuh sebelum ini.
Untuk rekod, pemain perseorangan lelaki Singapura dengan kedudukan tertinggi sebelum ini Ronald Susilo, yang menduduki tempat keenam pada 2004.
“Sasaran saya adalah untuk berada dalam senarai lima teratas menjelang akhir tahun ini dan saya gembira dapat mencapainya
“Saya berharap untuk terus konsisten dan berusaha untuk mendapatkan hasil yang lebih baik,” kata pemain berusia 25 tahun itu.
Untuk rekod, Kean Yew memulakan kedudukan di ranking ke-10 pada awal tahun ini mula bergerak positif selepas pasukan lelaki Singapura meraih gangsa di Kejuaraan Badminton Asia Berpasukan (BATC) 2022. - Sinar Harian