Ke Olimpik sejak usia 15 tahun, kejayaan Pandelela Rinong jadi kebanggaan
Nona
Julai 24, 2021 07:30 MYT
Julai 24, 2021 07:30 MYT
NAMA Pandelela Rinong Anak Pamg bukan lagi asing dalam arena sukan renang tanah air.
Sepanjang pembabitannya sebagai atlet terjun negara, pelbagai kejayaan diraih gadis Bidayuh ini sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
Dia yang mula menceburi bidang sukan ini seawal usia 14 tahun mampu tersenyum puas kerana impian mewakili dan meraih pingat untuk negara sudah menjadi nyata.
Sukan Olimpik Tokyo 2021 bakal membuka tirainya dan sebagai atlet yang sentiasa dahagakan kejayaan, pastinya Pandelela sudah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk membawa pulang pingat temasya sukan dunia tersebut sekali lagi.
Mengimbas kembali permulaan karier Pandelela selaku atlet, anak kepada Hartini Lamin dan Pamg Joheng ini menerusi Instagramnya tidak lama dulu menjelaskan:
“At the age of 14, I left home to pursue my career as a national diver to achieve my goals in making my family proud and bringing honour to my country, Malaysia.
"It is not an easy journey to be honest. With a tight schedule everyday and far from home, I need to learn to be independent myself."
"As I gradually improve in diving, I surprised myself when I qualified for my first Olympic Games in Beijing at the age of 15.
"Since then, I forced myself to think wiser than my age and set long term goals to compete in more Olympics.
"Fast forward to 2012 London Olympic Games, my physical and mental were tested, but in the end I won my first ever Olympic medal.
"Four years later in Rio Olympics, the expectations were definitely higher this time but I came back home with a silver.”
Tahun ini merupakan kali keempat Pandelela layak menyertai sukan Olimpik. Kali pertama di Olimpik Beijing pada tahun 2008, diikuti Olimpik London 2012 dan Olimpik Rio 2016.
Walau tidak membawa pulang pingat di Olimpik Beijing, Pandelela menebus kekecewaan itu semasa penganjuran Olimpik London 2012 ketika dia baru berusia 19 tahun.
Waktu itu, Pandelela diberi penghormatan membawa Jalur Gemilang sekaligus menjadi pembawa bendera wanita pertama negara menerima pengiktirafan itu bagi mengetuai kontinjen Malaysia di pembukaan Olimpik.
Lebih manis, dia turut meraih pingat olimpik sulungnya dalam penganjuran sukan berprestij dunia berkenaan.
“Who still remember this moment besides myself? I was 19 then, honoured to be the first female flag bearer for Malaysian contingent at the London Olympic Games opening ceremony.
"I have no idea where to look or that my team are a little bit behind because I walk too fast, all I know was that I have to hold the flag straight and high, and at the same time put my heart in the right place."
"Two weeks later, I was the first female Olympic medallist for my country.
"I’m grateful to be given many opportunities to represent my country, platforms to showcase my talent, and chances to make my country pround.
"Thank you Malaysia!”
Berkat kerja keras, Pandelela berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemenang pingat Olimpik dan wanita pertama yang menyumbang pingat Olimpik untuk negara.
Begitu juga dalam temasya Olimpik Rio 2016 yang menyaksikan atlet berusia 28 tahun ini membawa pingat perak.
Atas kejayaan membanggakan itu, Pandelela menerima hadiah sebuah unit apartment di P’ Residence, Batu Kawah, Kuching daripada Tenaga Stabil Sdn Bhd sebagai pengiktirafan di atas kejayaan atlet kelahiran Sarawak berkenaan.
Tidak cukup itu, ratu terjun negara ini juga diberikan penghargaan istimewa apabila namanya turut diabadikan untuk blok khas pangsapuri tersebut selain dilantik sebagai duta P’ Residence.
Semoga tahun ini Pandelela sekali lagi membawa pulang pingat Olimpik untuk negara dan segala kejayaan Pandelela memberi cetusan inspirasi serta semangat buat seluruh rakyat khususnya kaum wanita untuk terus berjaya!
Kredit foto: Instagram Pandelela Rinong
Artikel asal di portal Nona.
#Pandelela Rinong
#gadis Bidayuh
#Sukan Olimpik Tokyo 2021
#Rio2016
#Jalur Gemilang
#Hartini Lamin
#Pamg Joheng