KBS sokong penganjuran Liga Hoki Dunia
Astro Awani
Januari 22, 2013 09:17 MYT
Januari 22, 2013 09:17 MYT
Kementerian Belia dan Sukan akan memberikan sokongan penuh kepada Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) bagi penganjuran peringkat separuh akhir perlawanan Liga Hoki Dunia.
Perkara itu dimaklumkan menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Hak penganjuran itu disahkan sendiri presiden MHC Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Ahad.
Ia bakal berlangsung di Johor Baru bermula 1 hingga 9 Jun nanti.
Malaysia mendapat peluang itu selepas tuan rumah asal, Jerman tarik diri.
Keputusan itu turut membolehkan Malaysia beraksi pusingan ketiga selepas dikecualikan daripada bermain di pusingan kedua di Rusia Mei depan.