KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan untuk terus memberi sokongan konsisten kepada jaguh berbasikal trek, Datuk Azizulhasni Awang dalam misinya memburu pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik Paris tahun depan.
Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat bersama antara KBS dan Jawatankuasa Road To Gold (RTG) yang dipengerusikan menterinya, Hannah Yeoh di Putrajaya pada Isnin.
“Jawatankuasa telah meluluskan permintaan yang dibuat oleh Datuk Azizulhasni Awang dan komited untuk memastikan sokongan berterusan untuk beliau,” katanya.
Sinar Harian pada 8 Jun lalu melaporkan Azizulhasni tampil menjelaskan situasi sebenar berhubung masalah yang dihadapinya sejak kembali ke tanah air pada penghujung Januari lalu.
Menerusi catatannya di laman sosial Facebook, Azizulhasni nyata cukup kecewa dan terkilan kerana masih tidak mendapat sistem sokongan latihan yang lebih baik berbanding di Melbourne, Australia.
Mesyuarat jawatankuasa itu yang bersidang buat kali kedua akan turut meneliti semula kriteria pemilihan atlet ke dalam program RTG.
Hannah memberitahu, ia melibatkan kriteria atlet yang tersenarai dalam pemenang pingat Olimpik yang lepas, senarai 10 ranking dunia dan RTG akan dipertimbangkan.
Katanya, jawatankuasa turut memutuskan bahawa pemain perseorangan badminton profesional, Lee Zii Jia kekal sebagai sebahagian daripada RTG sehingga jawatankuasa berpeluang bertemu dengan jurulatih baharunya Wong Tat Meng.
“Jawatankuasa akan turut mempertimbangkan untuk memasukkan pemain badminton Ng Tze Yong, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei ke dalam RTG seperti yang dicadangkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
“Mengekalkan Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing sehingga fasa penilaian seterusnya pada September," katanya.
Hannah turut mengumumkan berita gembira buat skuad hoki negara apabila disenaraikan dalam program RTG.
“Memandangkan skuad hoki lelaki telah tersenarai di dalam ranking ke-10 dunia dan bagi memastikan pasukan itu memenangi pingat emas pada Sukan Asia Hangzhou dan seterusnya layak ke Olimpik, mesyuarat jawatankuasa bersetuju untuk memasukkan ke dalam program RTG,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jun 19 2023
Hannah berkata, jawatankuasa telah meluluskan permintaan yang dibuat oleh Azizulhasni dan komited untuk memastikan sokongan berterusan terhadapnya. - Gambar fail
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.
Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama, sekiranya Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi tidak beraksi lagi.
Azizulhasni Awang tawar diri jadi penasihat prestasi
Beliau berkongsi perkara itu menerusi media sosial, sambil menyenaraikan beberapa kelebihan dan pengalamannya sepanjang bergelar atlet.
'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley
Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kekuatan mental dan fizikal pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu.
'Azizulhasni pejuang sejati' - Shah Firdaus
Pelumba berusia 28 tahun dari Johor itu mengakui banyak kejayaan yang sudah dilakar oleh rakan seperjuangannya itu yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman di pentas antarabangsa.
Adakah ini balasan kerana langgar janji kepada keluarga? - Azizulhasni
Beliau berasa bersalah kerana menghampakan rakyat Malaysia dan memohon maaf kerana tidak dapat menunaikan impian membawa pulang pingat emas pertama negara.
Sudah tiba masanya Azizulhasni jadi jurulatih
Hamidin berkata, pengalaman dimiliki Azizulhasni amat bernilai kepada atlet pelapis trek berbasikal negara.
Olimpik Paris 2024 gagal? Hamidin minta semua pihak berpijak di bumi nyata
Ketua Kontinjen berpendapat, sebahagian besar atlet yang mewakili negara menunjukkan peningkatan dari segi rekod dan prestasi pada Olimpik Paris 2024.