KBS bawa kes Ziyad ke Mahkamah Timbang Tara - Menteri

Astro Awani
September 23, 2021 21:06 MYT
Ahmad Faizal Azumu memberitahu, KBS sedang mempertimbang kemungkinan untuk membawa isu pembatalan kemenangan Muhammad Ziyad Zolkefli ke Mahkamah Timbang Tara Sukan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang mempertimbang kemungkinan untuk membawa isu pembatalan kemenangan jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberitahu, tindakan itu akan dibuat jika negara masih gagal menyakinkan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan Persatuan Olahraga Para Dunia (WPA) terhadap rayuan dikemuka, sebelum ini.
"KBS mendokong pendirian Muhammad Ziyad berhubung dakwaan mengatakan beliau lewat tidak berasas sama sekali.
SISI TV PARLIMEN DI SINI
BACA: 'Jangan kecam kawan saya dari Ukraine, dia pun ada perasaan' - Ziyad
BACA: CDM sangkal dakwaan Muhammad Ziyad lewat 28 minit
BACA: Isu emas Ziyad: Tindakan yang bakal diambil tidak akan rugikan atlet dan negara - Faizal
"Keputusan pengadil hasil provokasi pegawai dan jurulatih pasukan Ukraine yang atletnya pesaing utama Muhammad Ziyad," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung Usul Menjunjung Kasih Titah di-Raja bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, pada Khamis.
BACA: Ziyad Zolkefli minta maaf pada rakyat Malaysia
Dalam pada itu, Ahmad Faizal memberitahu, KBS akan menjalankan siasatan lanjut dalam memastikan dakwaan dan pendirian negara mempunyai asas yang kukuh.
Sehubungan itu, menurutnya, KBS juga menubuhkan jawatankuasa siasatan dalaman dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Borhan Dolah bagi menjalankan siasatan terperinci berhubung kes itu.
Beliau memaklumkan, KBS meneliti pandangan daripada jawatankuasa terbabit dan merancang pelan tindakan susulan dan memohon agar sesi pendengaran khas IPC serta WPA terhadap rayuan dikemukakan sebelum ini.
Dalam pada itu menjawab soalan RSN Rayer (PH-Jelutong) berhubung ganjaran kepada Muhammad Ziyad, Ahmad Faizal berpendapat, pemain itu perlu diberi insentif yang bersesuaian ke atas usahanya itu.
Kemenangannya Muhammad Ziyad dibatalkan selepas dia dianggap tersingkir kerana dikatakan lewat masuk
ke call room sebelum pertandingan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dimulakan.
KBS tegas sokong Ziyad Zulkifli - Faizal Azumu
#Ziyad Paralimpik #ziyad zolkefli OKU apa #Muhammad Ziyad Zolkefli #Ziyad Zolkefli
;