Beberapa penambahbaikan telah dilakukan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) termasuk memasang bumbung baharu dengan rekabentuk menarik di kawasan utama "pit lane" menjelang Grand Prix Formula 1 (F1) Petronas 2014.
Ketua Pegawai Eksekutuf SIC Datuk Razlan Razali berkata kemudahan lain di litar itu juga sedang dilaksanakan.
"Bumbung dengan ciri-ciri rekabentuk yang menarik akan memberi keselesaan kepada mereka yang menggunakan kawasan pit. Inilah penambahbaikan utama yang dijalankan tahun ini bagi F1," kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran rasmi Grand Prix Malaysia oleh pengerusi SIC Datuk Mokhzani Tun Dr Mahathir di sini hari ini.
Litar Antarabangsa Sepang akan menjadi hos Pusingan 2 siri dunia 19 pusingan pada tahun ini dari 28 hingga 30 Mac.
Musim baharu bermula di litar jalan Albert Park di Melbourne, Australia pada 16 Mac sebelum ke Malaysia bagi kejohanan pembukaan di litar sebenar.
Razlan berkata SIC yakin dapat menarik ramai peminat sukan itu pada tahun ini dengan menyasarkan lebih 125,000 penonton termasuk peminat antarabangsa.
Beliau berpendapat Kejohanan Dunia F1 2014 akan menjadi kejohanan paling menarik yang menyaksikan persaingan terbuka kerana tiada pasukan dianggap sebagai pasukan pilihan.
Aktiviti-aktiviti di luar trek juga dijangka tidak kurang mencuri perhatian peminat.
SIC telah menyediakan antara lain pertunjukan udara aerobatik yang menampilkan pasukan profesional aerobatik Malaysia, KRISAKTI.
Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, SIC juga menyediakan ruang bagi Festival Makanan.
Bernama
Mon Feb 17 2014
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Empat lelaki didakwa rompak jongkong emas RM710,000
Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat, atas pertuduhan merompak jongkong emak bernilai RM710,000, awal bulan lalu.
Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di LPT2
Tiga lelaki dipercayai peserta program EX5 Members 4.0 maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kemaman hari ini.
Tiada perbincangan kembali anjur F1 di Malaysia - Petronas
Petroliam Nasional Bhd atau PETRONAS menafikan sebarang perbincangan untuk menganjurkan semula Formula 1 (F1) di Malaysia.
F1: Dominasi Max Verstappen tidak peroleh penghargaan sewajarnya - Fernando Alonso
Verstappen menyamai rekod Sebastian Vettel yang mencatatkan sembilan kemenangan berturut-turut dengan aksi cemerlang dalam GP Belanda.
Keluarga bakal saman majalah Jerman terbit 'wawancara' dengan Michael Schumacher
Majalah Die Aktuelle yang menyiarkan artikel "Temu bual pertama Michael Schumacher" menjelaskan temu bual tersebut menggunakan janaan AI.
Pusingan kedua Formula 1 di Arab Saudi minggu ini
Pusingan kedua Formula 1 musim 2023 akan diadakan di Arab Saudi pada Ahad.
Ferrari Schumacher dijual pada harga AS$14.8 juta di Geneva
Kereta Ferrari F2003-GA yang paling berjaya kini merupakan kereta F1 moden paling bernilai tinggi dalam sejarah.
F1 Singapura GP 2022: Tiket mula dijual 13 April
Selepas berehat dua tahun, Singapore GP memaklumkan sukan permotoran dan hiburan terbesar Asia itu bakal kembali di Litar Jalan Marina Bay.
F1: Hamilton beri penghargaan kepada penonton di Silverstone
Ketinggalan kepada Verstappen dengan 32 mata dalam saingan Kejohanan Pemandu, Hamilton meraih momentum di Silverstone selepas mengatasi pelumba kelahiran Belanda itu dalam aksi kelayakan.
F1: Jangan bergantung kepada kejayaan, terus kerjasama sebagai satu pasukan - Bottas
Pasukan Mercedes-AMG Petronas F1 (Formula Satu) tidak boleh terus dibuai dengan kejayaan mereka mendominasi sirkit.
F1: Grand Prix Turki dibatalkan
Aksi itu akan digantikan dengan perlumbaan kedua di Austria.
F1 bakal perkenal format kelayakan baru
FIA, F1 dan kesemua 10 pasukan telah bersetuju untuk melakukan perubahan yang bakal diimplementasi bagi dua litar Eropah dan satu litar bukan Eropah.