Katrina, Yhing Huey ungguli acara duet teknikal

Astro Arena
Jun 3, 2015 18:47 MYT
Atlet renang berirama Katrina Ann Abdul Hadi dan Lee Yhing Huey mengungguli acara duet teknikal di Sukan SEA Singapura di Pusat Akuatik OCBC.
Katrina dan Yhing Huey berjaya menarik perhatian juri dengan kutipan mata tertinggi iaitu 75.3436 mata manakala Singapura di tempat kedua dan ketiga, masing-masing menerusi Stephanie Chen-Crystal Yap dan Natalie Chen-Debbie Soh.
Stephanie dan Crystal meraih 73.9705 mata manakala Natalie dan Debbie mengumpul 70.4160 mata.
Separuh daripada markah tersebut akan dicampur dengan jumlah markah mata acara duet rutin bebas pada Khamis ini bagi penentuan pingat.
Katrina berkata kejayaan tersebut menyuntik semangat duo negara itu untuk meraih pingat emas pada aksi final nanti.
"Saya berpuas hati dengan aksi hari ini. Peluang pingat emas ada tetapi kami perlu memberikan fokus bagi acara rutn bebas nanti," kata Katrina.
#Katrina #Yhing Huey
;