'Kanser tidak halang keghairahan Chong Wei' - Norza
Astro Arena
Oktober 11, 2018 22:06 MYT
Oktober 11, 2018 22:06 MYT
INI merupakan imej terkini Chong Wei menerusi perkongsian daripada Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Norza Zakaria.
Norza berpeluang berkongsi masa bersama Chong Wei yang masih memerlukan rehat untuk beberapa minggu lagi.
"Dia amat gembira dengan kejayaan Lee Zii Jia dalam Terbuka Taiwan lalu. Kami ada berbincang serba sedikit tentang BAM dan kedudukan badminton negara selepas Sukan Asia. Saya amat gembira melihat keadaannya sekarang," katanya.
"Dia seakan sudah pulih sepenuhnya dan hanya memerlukan rehat untuk beberapa minggu. Dia sudah hilang berat badan, namun dia juga amat gembira dengan keadaannya. InsyaAllah keadaan akan bertambah baik nanti," tambahnya lagi.
Sementara itu, bekas perseorangan nombor satu negara, Wong Choong Haan, berpandangan skuad yang diketuai ketua jurulatih perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek, perlu segera matang ketika Chong Wei berkemungkinan besar menggantung raket.
"Ini adalah waktu meruncingkan buat skuad perseorangan lelaki. Namun, saya berasakan skuad ini akan kembali matang. Saya harapkan pemain muda mampu meneruskan tradisi kekuatan skuad perseorangan itu," ujarnya.
#badminton
#BAM
#kanser hidung
#Lee Chong Wei
#Misbun Sidek
#Persatuan Badminton Malaysia
#Taiwan
#Wong Choong Haan