Kane cipta sejarah Liga Juara-Juara
Astro Arena
Februari 14, 2018 09:49 MYT
Februari 14, 2018 09:49 MYT
HARRY Kane menjadi pemain pertama yang mengumpul sembilan gol dalam sembilan penampilan pertamanya dalam Liga Juara-Juara Eropah selepas melakukan jaringan ketika Tottenham dan Juventus seri 2-2 di Turin.
Pemain berusia 24 tahun itu meledak gol pertama pasukannya sebelum Christian Eriksen memastikan keputusan penting dalam perlawanan pertama pusingan 16, selepas dua gol Gonzalo Higuain meletakkan Juve 2-0 di depan.
Kane mengumpul sembilan gol, mengalahkan rekod bersama dipegang oleh Ronaldinho, Simone Inzaghi, Didier Drogba dan Diego Costa, yang menjaringkan lapan gol dalam sembilan penampilan pertama mereka.
Gol itu turut membawa Kane menyamai koleksi jaringan bekas kapten Liverpool, Steven Gerrard, dengan tujuh gol dalam satu kempen untuk pemain Inggeris, yang dicipta pada musim 2008-09.
Rekod tanpa kalah Juve di tempat sendiri menentang pasukan England kini melebar kepada enam perlawanan Liga Juara-Juara, tetapi ia kegagalan pertama mereka memenangi aksi dalam pertandingan itu selepas mendahului dua gol atau lebih.
Pada April 1999, pemenang kejohanan iaitu Manchester United bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk menuntut kemenangan 3-2.
Kekalahan itu adalah di stadium lama di Stadio delle Alpi, membuat keputusan seri itu yang pertama Juve gagal memanfaatkan kelebihan dua gol di Stadium Allianz dalam sebarang pertandingan.
#bola sepak
#gol
#Harry Kane
#Juventus
#koleksi jaringan
#Liga Juara-Juara Eropah
#Liverpool
#Steven Gerrard
#Tottenham Hotspur FC