Kane bikin Manchester City terkedu di Etihad
Sinar Harian
Februari 20, 2022 08:55 MYT
Februari 20, 2022 08:55 MYT
KEGAGALAN Manchester City mendapatkan khidmat Harry Kane kembali menghantui penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu apabila kapten England tersebut menjaringkan dua gol untuk memastikan Tottenham Hotspur menang menakjubkan, 3-2 di Stadium Etihad yang membuka kembali saingan kejuaraan liga.
Tandukan padu Kane pada minit ke-95, masa kecederaan beberapa minit selepas tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti, Riyad Mahrez (92') menyumbang kepada kekalahan liga pertama pendahulu liga tersebut selepas 16 perlawanan.
Pencabar terdekat Liverpool kini boleh merapatkan jurang mata sekiranya kelab sensasi Inggeris tersebut memenangi perlawanan menentang Leeds United di Anfield, pada Khamis.
Perbezaan antara kedua-dua pasukan lebih ketara selepas Tottenham tewas tiga perlawanan liga terakhir sebelum ini, sekali gus menyaksikan Manchester pilihan memenangi perlawanan selepas cemerlang di Lisbon ketika menewaskan Sporting Lisbon, 5-0 di pentas pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara.
Namun, Antonio Conte berjaya mengelak tewas empat gol buat pertama kalinya dalam karier pengurusannya hasil persembahan mantap jentera pertahanan kelab London itu yang diserikan dengan kecemerlangan Kane dan Son Heung-min.
Kane sebelum ini menjadi sasaran utama Manchester City menggantikan penjaring terbanyak kelab, Sergio Aguero, ternyata menjadikan permainan lebih hidup buat pelawat pada separuh masa pertama.
Kebijaksanaan Kane meloloskan diri dari perangkap 'ofsaid' City diikuti tindakan susulan Son membolehkan Dejan Kulusevski meletakkan Tottenham di depan selepas empat minit sepak mula perlawanan.
Bagaimanapun, anak buah Pep Guardiola yang tidak berputus asa kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-33 hasil jaringan Gündoğan.
Namun begitu, Kane tampil lebih bertenaga pada babak kedua apabila meletakkan pelawat kembali di depan hasil jaringan minit ke-59, sebelum lebih padu dalam masa kecederaan dengan gol kedua peribadi, sekali gus memadamkan jaringan daripada Mahrez sebelum itu.
KEPUTUSAN
Manchester City 2-3 Tottenham
Kulusevski 4'
Gündoğan 33'
Kane 59, 95'
Mahrez (P) 92'
Liverpool 3-1 Norwich City
Rashica 48'
Mané 64'
Mohamed Salah 67'
Díaz 81'
Arsenal 2-1 Brentford
Smith Rowe 48'
Saka 79'
Nørgaard 93'
Aston Villa 0-1 Watford
Dennis 78'
Brighton 0-3 Burnley
Weghorst 21'
Brownhill 40'
Lennon 69'
Southampton 2-0 Everton
Armstrong 52'
Long 84'
Crystal Palace 0-1 Chelsea
Ziyech 89'
Artikel asal di Sinar Harian