'Kami harap penyokong berada di belakang kami'

Sinar Harian
Mac 8, 2024 01:10 MYT
POCHETTINO: Kita perlu menerima kekecewaan itu. Mungkin jika saya peminat, saya juga akan begitu, kerana kami tidak sepadan dengan jangkaan. - Gambar fail AP
PENGENDALI Chelsea, Mauricio Pochettino bersimpati dengan penyokong-penyokong The Blues yang tidak berpuas hati ketika The Blues seri semasa kunjungan di Brentford minggu lalu.
Pengendali kelahiran Argentina itu bergelut membina asas kukuh skuad Chelsea mewah, namun berada di tangga ke-11 dalam Liga Perdana Inggeris.
Beberapa penyokong kelab London itu malah melaungkan nama bekas pengurus Jose Mourinho semasa keputusan seri 2-2 dalam derbi London, berdepan Brentford.
Chelsea meraih satu kemenangan daripada lima perlawanan liga terakhir dan menjadi tuan rumah kepada Newcastle United ketika spekulasi mengenai masa depan Pochettino terus berkisar.
“Kami perlu mencuba dan memperbaiki cara kami bermain.
“Sudah tentu, kami memerlukan penyokong-penyokong kami. Kami berharap penyokong-penyokong akan berada di belakang kami pada Selasa untuk membantu kami memenangi perlawanan. Itu sangat penting untuk pemain-pemain kami.
“Kita perlu menerima kekecewaan itu. Mungkin jika saya peminat, saya juga akan sama kerana kami tidak sepadan dengan jangkaan. Kami mesti bertanggungjawab ke atas prestasi kami dan berusaha keras untuk menambah baik,” kata Pochettino kepada pemberita pada Khamis.
Chelsea terlepas banyak peluang dalam perlawanan akhir Piala Liga sebelum tewas 1-0 kepada Liverpool selepas masa tambahan,
Pada 17 Mac depan mereka akan menerima kunjungan Leicester City di suku akhir Piala FA.
Bagaimanapun, pada kedudukan liga juga prestasi Pochettino akan dinilai.
“Kami mengalami negatif tetapi kami tidak boleh berhenti percaya, kami mesti terus percaya dan cuba membuat persembahan pada Isnin.
"Saya benar-benar percaya kami boleh berjaya.
“Kami menganalisis semua keadaan dan inilah kami. Kami layak ke final dan kami layak sepenuhnya selepas 90 minit untuk memenangi perlawanan.
“Kami boleh percaya bahawa kami boleh mula memenangi perlawanan untuk menghampiri kelayakan ke Eropah. Peluang ada tetapi jika anda berputus asa, kami akan turun (liga),” katanya.
LIGA PERDANA INGGERIS
JADUAL PERLAWANAN
SABTU (9 MAC)
Manchester United lwn Everton, 8.30 malam
Crystal Palace lwn Luton Town, 11 malam
Bournemouth lwn Sheffield United, 11 malam
Wolves lwn Fulham, 11 malam
AHAD (10 MAC)
Arsenal lwn Brentford, 1.30 pagi
Aston Villa lwn Tottenham Hotspur, 9 malam
West Ham United lwn Burnley, 10 malam
Brighton lwn Nottingham Forest, 10 malam
Liverpool lwn Manchester City, 11.45 malam
SELASA (12 MAC)
Chelsea lwn Newcastle United, 4 pagi
- Sinar Harian
#Mauricio Pochettino #EPL #Chelsea #Brentford