PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp, meminta anak buahnya untuk menerima segala kritikan susulan kekalahan mengejut 2-0 kepada Hull City dalam aksi Liga Perdana Inggeris, malam tadi.
Gol menerusi Alfred N'Diaye dan Oumar Niasse mengenakan kekalahan kedua selepas tiga perlawanan dalam saingan liga buat Liverpool sekaligus mereka kini hanya menang satu daripada 10 perlawanan dalam kesemua kejohanan.
Liverpool akan terkeluar daripada kedudukan empat teratas jika Manchester City menewaskan Swansea City pada Ahad, tatkala kemenangan 3-1 Chelsea ke atas Arsenal bermakna skuad kendalian Klopp kini ketinggalan 13 mata di belakang pendahulu itu.
Meskipun menegaskan Liverpool kini berdepan cabaran besar untuk layak ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan , Klopp mengakui pasukannya layak dikecam selepas aksi hambar di Stadium KCOM.
"Kami perlu lebih konsisten," dia memberitahu sidang media. "Liga Juara-Juara Eropah merupakan sasaran yang besar, banyak pasukan yang idam beraksi dalam kejohanan itu.
"Untuk melayakan diri ke UCL di England amat sukar kerana terdapat banyak pencabar,tetapi kami tidak perlu bercakap tentang persembahan hari ini.
"Dalam masa beberapa hari lagi kami akan mendapat peluang untuk membuktikan bahawa kami bersedia untuk semua perlawanan.
"Jika kami menang 2-1 sekalipun, saya tidak akan berpuas hati dengan aksi di babak pertama. Kami perlu menerima segala kritikan. Kamu boleh tulis apa yang kamu mahu ketika ini."
Klopp berasakan anak buahnya ada mempamerkan kebangkitan di babak kedua namun mengakui mereka sukar menerima senario tatkala Hull berjaya meledak gol menerusi sepakan penjuru dan serangan balas yang mudah.
"Saya mahu pemain saya beraksi dengan lebih baik," ujar Klopp. "Sebelum ini kami mampu mempamerkan aksi konsisten, kami perlu mengubah perkara itu.
"Kami mudah memberikan gol kepada lawan. Kami tidak bermain seperti yang sepatutnya di babak pertama."
Astro Arena
Sun Feb 05 2017
KLOPP: Kami perlu lebih konsisten.
Polis tahan enam lelaki disyaki terbabit sindiket jual air ketum
Polis menahan enam lelaki tempatan di sebuah rumah di Taman Pakatan Jaya kerana disyaki terbabit sindiket penjualan air ketum.
KPDN Pahang serbu dua premis jadi stor simpanan barang kawalan bersubsidi
KPDN Pahang melakukan serbuan terhadap sebuah restoran dan rumah yang disyaki dijadikan lokasi penyimpanan barang kawalan bersubsidi di Triang, Bera pagi tadi.
Seorang lagi wartawan terkorban dalam serangan Israel di Gaza, angka korban meningkat kepada 189
Mangsa, Wael Ibrahim Abu Quffa merupakan seorang wartawan dan pensyarah di Jabatan Kewartawanan dan Media, Universiti Islam Gaza.
10 Berita Pilihan - (23 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Pendidikan | Pencemaran | Ekonomi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Israel lakukan serangan udara di Beirut
Serangan udara itu menyasarkan sebuah bangunan kediaman di Jalan Fathallah, kawasan Basta Fawka yang padat penduduk.
AWANI 7:45 [23/11/2024] – Mangsa sindiran sejak jadi Perdana Menteri | Pelihara keharmonian negara | Tahan tiga suspek, keterangan 23 individu | Bercakap dengan lebah
Tak ambil gaji kena sindir, PM seloroh ambil gaji tahun depan.
Malaysia teguh kerana sepakat dalam perbezaan.
Bukan senyap, siasatan kes simbah asid Faisal Halim masih berlangsung.
Bunuh lebah, ancam bekalan makanan sedunia, laporan khas, Ridauddin Daud.
Malaysia teguh kerana sepakat dalam perbezaan.
Bukan senyap, siasatan kes simbah asid Faisal Halim masih berlangsung.
Bunuh lebah, ancam bekalan makanan sedunia, laporan khas, Ridauddin Daud.
Pilihan Raya Negeri India: BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
SPR India pada 15 Oktober mengumumkan bahawa negeri Maharashtra dan Jharkhand akan mengadakan pilihan raya DUN pada November.
Hadiah perpisahan sempurna Kim Swee, Sabah belasah PT Athletic 4-0
Skuad Badak bermula garang dengan membuka tirai jaringan menerusi Saddil Ramdani pada minit ke-12.
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI tingkat kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa, agama - Zulkifli
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI meningkatkan lagi kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa dan agama dalam memperkukuh perpaduan di negara ini.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
EPL: Rodrigo Bentancur digantung tujuh aksi akibat kenyataan bersifat rasis terhadap Son Heung-min
Pemain Tottenham Hotspur, Rodrigo Bentancur, dihukum tujuh perlawanan oleh FA England akibat membuat kenyataan bersifat rasis terhadap rakan sepasukannya Son Heung-min.
EPL: Jawatan ini berat, singkat tapi menakjubkan - Van Nistelrooy
Pengendali sementara Manchester United, Ruud Van Nistelrooy, memuji semangat juang pasukan kendaliannya itu membelasah Leicester City di Old Trafford.
Chelsea, Arsenal berkongsi mata Derbi London
Keputusan seri menyaksikan Chelsea berada di kedudukan ketiga liga mengatasi Arsenal keempat dengan kelebihan jaringan.
Manchester United mudah atasi Leicester City
Tiga mata diraih The Red Devils membolehkan kelab itu meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan PAOK Thessaloniki dalam aksi Liga Europa 8 Nov lalu.
EPL: Kami tewas sekali lagi, kata Pep Guardiola kecewa
Ini kali pertama jurulatih kelahiran Sepanyol itu tewas dalam empat perlawanan sepanjang karier pengurusannya.
EPL: Gol Mohamed Salah pastikan Liverpool selesa di puncak liga
Salah jadi watak penting ketika membantu pasukannya menewaskan Aston Villa 2-0 di Stadium Anfield untuk mendahului dengan lima mata di puncak EPL.
Caicedo bantu Chelsea ikat United di Old Trafford
Chelsea kini berada di tempat keempat liga dengan 18 mata manakala United pula di tempat ke-13 dengan 12 mata selepas 10 perlawanan.
City tidak mampu tangani Bournemouth - Guardiola
Pep Guardiola mengakui Manchester City 'tidak dapat menangani' intensiti Bournemouth selepas tewas 2-1.