'Kalau padang SNBJ tak okey, kita main padang lain lawan Oman' - Hamidin

Astro Arena
Februari 26, 2024 09:35 MYT
Datuk Hamidin Mohd Amin, mengulas mengenai keadaan semasa permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: "Kalau padang SNBJ tak okey pada 1 Mac, kita main padang lain lawan Oman".
Demikian kata Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, mengenai keadaan semasa permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) ketika ini.
SNBJ sekali lagi menjadi venue konsert berskala mega Sabtu lalu sekali gus ia telah melewati satu fasa yang membimbangkan mengenai persiapan Malaysia menghadapi saingan Kelayakan Piala Dunia/ Piala Asia berdepan Oman.
Masalah permukaan padang ini ternyata memberikan perspektif yang kurang senang apabila aksi final Piala Malaysia yang diadakan di venue tersebut menunjukkan keadaan yang kurang baik padang tersebut ekoran penganjuran konsert kumpulan Coldplay.
Stadium Gong Badak serta Stadium Sultan Ibrahim dalam cadangan sebagai venue alternatif.
Ikuti laporan lanjut menerusi Nadi Arena jam 7.30 malam ini. - Stadium Astro
#padang SNBJ #FAM #Hamidin Mohd Amin #Oman