KAFA hantar pemain ke Blackburn Rovers
Astro Awani
Februari 1, 2013 10:56 MYT
Februari 1, 2013 10:56 MYT
Persatuan Bola Sepak Kelantan, KAFA akan menghantar dua pemainnya, Dimitri Petratos dan juga pemain Piala Presiden Faizol Nazli Sayuti ke Blackburn Rovers untuk menjalani latihan.
Kedua-dua pemain itu akan ke England 4 Febuari nanti.
Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan penghantaran dua pemain itu.
Namun Petratos, yang juga pemain bawah 23 tahun Australia, akan tetap beraksi bersama Kelantan dalam saingan Piala AFC.
Annuar berharap pendedahan di Blackburn, mampu membolehkan Petratos membantu Kelantan dalam saingan Piala AFC.
Annuar ditemui selepas sidang media perlawanan persahabatan, antara Kelantan dan Kelab Liga Premier Indonesia, Semen Padang.
Aksi persahabatan itu akan berlansung di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Baru.
Pengendali Kelantan, Bojan Hodak dijangka menggunakan perlawanan itu, untuk menguji gandingan baru pasukannya.
Dua penyerang import, Salim Arrache dari Perancis dan Dickson Nwakaemi dari Nigera akan turut diuji pada perlawanan itu.