KAFA belum terima surat peletakan jawatan Bibi Ramjani
Bernama
Jun 18, 2019 22:14 MYT
Jun 18, 2019 22:14 MYT
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) belum menerima surat peletakan jawatan Bibi Ramjani Ilias Khan sebagai presiden persatuan itu, selepas mengumumkannya menerusi Facebook rasminya hari ini.
Timbalan Presiden KAFA Datuk Seri Afandi Hamzah berkata beliau sendiri hanya mengetahui perkara tersebut melalui media sosial yang kini tular.
"Setakat ini tiada surat bertulis yang diberikan presiden, kepada urusetia KAFA bagi memaklumkan perkara tersebut. Jika betul peletakan jawatan, ia perlu dilakukan secara rasmi (bertulis) kepada kami," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Hari ini Bibi Ramjani mengumumkan melepaskan jawatan presiden KAFA selepas dipilih sebagai presiden pada Kongres Tahunan KAFA kali ke-63 pada 17 Sept 2017.
Afandi berkata sekiranya pihaknya menerima surat rasmi berhubung peletakan jawatan itu, satu mesyuarat Exco akan dipanggil bagi membincangkan perkara berkenaan.
-- BERNAMA
#Afandi Hamzah
#Bibi Ramjani Ilias Khan
#bola sepak
#Facebook
#KAFA
#Kelantan
#media sosial
#Mesyuarat EXCO
#peletakan jawatan
#surat rasmi