Kadangkala Harimau juga perlu bercuti dan berenang - TMJ
Astro Arena
Jun 2, 2024 19:15 MYT
Jun 2, 2024 19:15 MYT
PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, menerapkan konsep 'Keluarga JDT' sebagai elemen yang menyatupadukan perpaduan dalam kelab Johor Darul Ta'zim (JDT).
Melalui laman rasmi milik JDT, menjelaskan bahawa pemilik kelab itu adalah individu yang bertanggungjawab dalam menerapkan konsep kekeluargaan dalam pasukan Harimau Selatan itu.
Dikala organisasi itu bergelumang dengan tohmahan dan kejian, ujian sebenar buat penyokong JDT adalah kesetiaan dan tahap pemikiran mereka kepada kelab.
Malah, pasukan itu percaya selagi penyokong bersatu hati dan berdiri teguh bersama pasukan maka pelbagai kejayaan akan dapat dicapai di masa hadapan tanpa memperdulikan anasir luar yang ingin menjatuhkan empayar besar JDT.
"Kadangkala sesetengah orang lemah ingin menyakitkan anda tetapi apabila anda bertindak, mereka berlakon seolah-olah anda menyakiti mereka.
"Walau apa pun, sentiasa kekal positif kerana kadangkala harimau juga perlu bercuti dan berenang," titah Tunku Mahkota Ismail.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro